Artikel

Pendapatan Twitter Disasar Meningkat Kepada $26.4 Bilion, Menjelang 2028 – Elon Musk

Peralihan tampuk pengendalian Twitter kepada Elon Musk, iaitu jutawan terkaya di dunia – kelak bakal memperlihatkan pelbagai perubahan menarik dalam arena media sosial.

Hasratnya menjadikan Twitter sebagai platform media bebas, di mana mengurangkan jumlah kawalan serta meningkatkan hak bersuara pengguna. Maka untuk merealisasikan matlamat itu, ini antara pendekatan awal yang bakal dilakukan mengurangkan pendapatan berasaskan pengiklanan.

Melalui pengendalian Musk, pengiklanan akan menurun kepada 45% daripada sumbangan menyeluruh pendapatan kumpulan – dengan sasaran janaan sekitar $12 bilion pada 2028 kelak. Pendapatan Twitter pada segmen langganan pula akan dipertingkatkan, dengan menarik tambahan $10 bilion pada tempoh yang sama.

Menerusi tindakan ini mengikut laporan Reuters, ia bakal menggandakan aliran tunai Twitter secara berperingkat dengan $3.2 bilion pada 2025 dan $9.4 bilion pada 2028. Situasi itu secara jelas akan mencapai sasaran Musk untuk meningkatkan pendapatan tahunan Twitter kepada $26.4 bilion dalam tempoh 6 tahun mendatang.