Artikel

Grab Dilaporkan Ingin Mendapatkan Pegangan Pada AmBank

Grab kini dilaporkan sedang melihat untuk mendapatkan pegangan pada salah satu bank tempatan Malaysia, iaitu AmBank.

Grab mungkin mendapatkan pegangan pada bank berkenaan melalui pemegang saham sedia ada, sama ada Tan Sri Azman Hashim yang mempunyai pegangan 11.83% atau Australia and New Zealand Banking Group yang mempunyai pegangan sebanyak 21.68%.

Grab pada hari ini sedia mendapatkan lesen bank digital, dan pegangan pada AmBank akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam arena kewangan. Grab sendiri sebelum ini telah mendapatkan sedikit pegangan pada bank di Indonesia pada awal tahun ini, iaitu pada Bank Fama.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah pihak Grab sanggup bayar untuk pegangan pada AmBank, dan berapakah peratusan yang mereka ingin ambil-alih.

Pihak Grab tidak mengeluarkan komen terhadap spekulasi dan desas-desus pasaran.