Artikel

PLUS Beri Peringatan – Kredit ePemula Touch ‘n Go Tidak Boleh Diguna Bayar Tol, Parkir

PLUS Malaysia, kini memberi peringatan kepada kumpulan yang terlibat dalam penebusan kredit ePemula bernilai RM150 menerusi dompet digital Touch ‘n Go – bahawa mereka TIDAK BOLEH menggunakan kredit tersebut ketika pembayaran tol mahupun parkir (tempat letak kenderaan).

Peringatan itu telah dimaklumkan oleh PLUS pada laman rasmi facebook mereka, di mana pemberian kredit ePemula RM150 adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan nirtunai (tanpa tunai) kalangan kumpulan terpilih serta membantu aliran pembelian bayaran digital di perniagaan fizikal negara.

Maka, tindakan segelintir kumpulan ingin menggunakan nilai kredit tersebut pada bayaran tol dan parkir – dilihat bercanggah dan tidak boleh dilaksanakan.

Oleh itu, pihaknya menggesa semua pengguna tol RFID khususnya untuk menambah nilai TNG eWallet bagi memastikan baki kad perjalanan mencukupi serta tidak mengalami sebarang kerumitan ketika perjalanan.

Selain tol RFID, pengguna juga tidak boleh menggunakan kredit ePemula untuk pembayaran PayDirect di lebuh raya serta parkir yang menerima sokongan kaedah tersebut. Untuk makluman, melalui PayDirect ia akan memboleh pengguna memotong kredit daripada dompet digital merek dengan mengetik kad TNG fizikal terpaut mereka.

Orang awam diingatkan untuk tidak beranggapan penggunaan kredit ePemula boleh digunakan pada tindakan sedemikian dan sewenangnya.