Carsome merupakan salah satu penyedia perkhidmatan yang memudahkan orang ramai menjual dan membeli kereta terpakai. Disamping penawaran utama mereka, Carsome juga telah melakukan beberapa pengambil-alihan dalam mengkukuhkan kedudukan mereka.
Terbaru, Carsome mengumumkan mereka telah mengambil-alih portal kenderaan terkemuka, WapCar.
WapCar telah ditubuhkan pada 2019 yang lepas, dan beroperasi dibeberapa negara termasuk Malaysia – menyediakan pelbagai kandungan berkaitan automotif. Disamping itu, WapCar juga turut menyediakan ciri carian kenderaan dan ulasan berkaitan – dalam memudahkan orang ramai membuat keputusan pembelian kenderaan.
Dengan pengambil-alihan ini, WapCar kini menjadi subsidiari milik penuh Carsome di Malaysia.