Bank Negara Malaysia kini melalui sebuah temuramah khas bersama Bernama, mengatakan tiada sebarang perancangan untuk mengeluarkan lebih banyak lesen selain daripada lima yang telah diumumkan.
Pada minggu lepas, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penerima untuk lima penerima bank digital – termasuk Grab, SEA (Shopee), AEON, dan juga Boost.
BNM mengatakan mereka telah pertimbangkan pelbagai faktor sebelu memberikan lesen – termasuk saiz sistem perbankan kita berbanding ekonomi. BNM turut menekankan yang mana ia bukannya seperti “lebih banyak, lebih meriah”.
Sebelum ini, pada 1990-an, Malaysia mempunyai sejumlah bank domestik, tetapi kebanyakkannya tidak mempunyai kekuatan kewaangan, selain saiz dan skala untuk beroperasi dan bersaing dengan baik. ini sekaligus membawa kepada krisis dan sebagainya.
Buat masa ini, tumpuan akan diberikan dalam memastikan bank digital akan dapat beroperasi secepat mungkin tanpa sebarang penangguhan.