Artikel

Gagal Pamer Tanda Harga, Peniaga Bakal Dikenakan Kompaun – KPDNHEP

Kegagalan peniaga mempamerkan atau menunjukkan tanda harga pada ruang jualan mereka – ia bakal mengakibatkan pengenaan kompaun dilaksanakan ke atas premis mereka.

Itulah yang sedang berlaku terhadap segelintir peniaga di Selangor, melalui pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Selangor.

Berdasarkan laporan tindakan itu dijalankan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Untuk makluman langkah itu dilaksanakan menerusi Ops Pantau pada pemeriksaan Skim Harga Maksimum Hari Raya Puasa 2022 minggu ini.

Susulan itu, kumpulan peniaga dinasihatkan untuk mematuhi aturan penjualan yang ditetapkan dan diberi amaran untuk tidak mengambil kesempatan – meningkatkan harga barangan ketika musim perayaan ini.