Artikel

Udara Negara Tercemar – Penduduk Negara EU Dilaporkan Boleh Saman Kerajaan

Selari dengan gagasan dunia ke arah kelestarian – ternyata kelak penduduk negara Kesatuan Eropah dibolehkan untuk menyaman kerajaan mereka, sekiranya tahap pencemaran udara melebihi paras perundangan dan kualiti udara kesihatan yang ditetapkan.

Ini bermakna penduduk EU boleh menerima pampasan daripada kerajaan mereka.

Mengikut Reuters, penasihat Mahkamah Tinggi Eropah melihat tindakan itu dapat dilaksanakan oleh penduduk EU di bawah pelanggaran nilai had berhubung perlindungan kualiti udara. Namun penduduk perlu menyediakan pembuktian kesan daripada pencemaran tersebut terhadap persekitaran dan kesihatan mereka pada perundangan.

Ini kerana, kerajaan dijangka akan berusaha mengelak liabiliti dengan membuktikan pelanggaran had pencemaran masih boleh berlaku meskipun pihaknya memiliki pelan kualiti udara yang mencukupi.

Seperti yang umum sedari Perancis, Poland, Itali serta beberapa negara EU lain sebelum ini telah didapati bersalah dalam pencemaran udara secara haram. Dan berdasarkan tuntutan, seorang penduduk Paris berjaya menuntut pampasan RM96 juta atas sebab pencemaran udara menjejaskan kesihatan dan dimaklumkan kerajaan Perancis gagal mematuhi had kualiti udara EU.