Artikel

Projek Laluan Rel Pantai Timur Dijangka Siap Pada 2026 – Gombak Ke Kelantan Dalam Empat Jam

Kementerian Pengangkutan kini sekali lagi berkongsi, mengatakan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka siap pada penghujung 2026 kelak.

Melaluinya, ia akan menawarkan perkhidmatan keretapi untuk memudahkan orang ramai bergerak dari Lembah Klang ke Pantai Timur.

Pengenalannya juga dijangka akan mengurangkan kesesakkan yang dihadapi setiap kali musim perayaan.

Melalui perkhidmatan keretapi tersebut kelak, ia akan membolehkan orang ramai bergerak dari Gombak ke Kelantan dalam masa sekitar empat jam sahaja.