Artikel

Lebih 300 Premis Tekstil Kini Dilaporkan, Telah Gulung Tikar

Menjadi sebahagian petugas tekstil bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai pengetahuan tekstil perlu dibentuk untuk memastikan khidmat perniagaan terus berkualiti. 

Akan tetapi hakikatnya ketirisan pekerja asing serta ketiadaan minat pekerja tempatan telah membantutkan lanjutan operasi mereka. Setakat ini, dilaporkan lebih 300 premis tekstil di negara telah ditutup berikutan situasi tersebut. 

Lebih membimbangkan, angka penutupan permis itu dijangka akan terus meningkat menjelang akhir tahun ini. 

Menurut laporan bersama Persatuan Tekstil India dan Kedai Runcit (MITA) – selain mengalami kekangan mengaji pekerja asing, pihak industri turut berdepan masalah lain antaranya penawaran cuti bersama segelintir pekerja tempatan. Yang memiliki permintaan tersendiri berhubung penetapan cuti. 

Pihak industri melihat ia suatu perkara yang sukar dirunding susulan permintaan jualan sentiasa meningkat ketika cuti perayaan bakal berlangsung. Ini mengakibatkan penawaran cuti industri tekstil sering di pertikaikan oleh pekerja tempatan meskipun penawaran gaji lebih lumayan telah diberikan.

Buat pengetahuan umum, situasi ketirisan pekerja pada sektor ini telah belarutan sejak 10 tahun lalu namun kehadiran COVID-19 telah meningkatkan lagi risiko kedudukan industri jualan tekstil di Malaysia.