Artikel

Warga Brazil Berusia 100 Tahun Catatkan Rekod Dunia Dengan Bekerja Di Syarikat Sama Selama 84 Tahun

Seorang warga Brazil berusia 100 tahun kini menjadi pemegang rekod dunia untuk manusia paling lama yang bekerja dibawah syarikat sama, iaitu selama 84 tahaun, 9 hari.

Walter Orthmann telah mula bertugas di syarikat Renaux S.A di Brazil pada 17 Januari 1938 yang lepas, Bermula sebagai Shipping Assistant, beliau kemudiannya melangkah ke satu demi satu jawatan dari tahun ke tahun.

Walter mengatakan beliau telah mempelajari pelbagai perkara, termasuk merakamkan pelbagai detik menarik sepanjang perjalanan kerjaya beliau di syarikat berkenaan.

Dengan kini ramai yang beralih syarikat dalam masa kurang 10 tahun, mungkin rekod ini sesuatu yang sukar dipecahkan untuk tahun-tahun akan datang.