Artikel

e-Denda Akan Diperluas Mulai Mei 2022 – Secara Berperingkat

e-Denda, iaitu proses penyelesaian pembayaran denda secara atas talian pada portal rasmi Sistem e-Kehakiman kini akan diperluaskan secara berperingkat – bermulai Mei 2022 ini.

Menerusi insiatif ini, ia tidak sekadar meningkatkan kecekapan proses pembayaran tetapi turut tidak memerlukan kehadiran orang awam bagi melakukan pembayaran di kaunter fizikal mahkamah, boleh dilaksanakan secara atas talian.

Untuk makluman, sebelum ini pada November 2021 e-Denda telah dilaksanakan secara rintis bermula di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Kompleks Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah Selayang Selangor.

Terbaharu ia akan diperluaskan pada;

  • 12 Mei – Mahkamah Rendah Pahang, Terengganu dan Kelantan
  • 13 Mei – Mahkamah Rendah Selangor, Perak, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur
  • 25 Mei – Mahkamah Rendah Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
  • 26 Mei – Mahkamah Rendah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

Maka untuk memiliki akses itu, orang awam boleh layari pada pautan Sistem e-Kehakiman bagi melunakan pembayaran denda menggunakan FPX di portal.