Tidak lama lagi, negara akan menyaksikan penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) di Cyberjaya yang dijangka bakal mula beroperasi pada September tahun ini.
Inisiatif yang di bawa oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini bertujuan untuk memacu arena ekonomi negara dari sudut sistem pendidikan. Pihaknya melihat, penubuhan UKKM berpotensi memperkasakan aspek penyelidikan serta inovasi dalam segmen keusahawanan negara.
Mengikut laporan, melalui kelulusan yang dicapai dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini akan memperlihatkan bagi fasa awal kemasukan sehingga 1,000 pelajar pada institusi pengajian terbabit.
KPT berpendapat pelaksanaan ini adalah selari dengan sambutan 100 tahun penubuhan koperasi negara. Ia akan menjadi titik baharu untuk segmen usahawan dan sistem pendidikan negara membangunkan sebuah platform secara bersama.