Artikel

Pelawat Tidak Perlu Imbas Kod MySejahtera Di Sekolah, Mulai 1 Mei – Radzi Jidin

Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperincikan SOP baharu pada 27 April (semalam), kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula menjelaskan beberapa garis panduan kesihatan berhubung sesi persekolahan di negara.

Antara penerapan baharu yang dinyatakan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin adalah para pelawat di sekolah tidak lagi perlu mengimbas kod QR MySejahtera. Ini bermakna langkah itu seiring dengan apa yang diterapkan oleh KKM pada orang awam untuk kemasukan mana-mana premis luar – tidak lagi memerlukan kewajiban imbasan MySejahtera.

Tidak hanya aturan itu;

  • KPM juga turut memaklumkan tiada lagi ujian kendiri COVID-19, namun ia hanya dilaksanakan oleh kumpulan individu yang bergejala sahaja
  • Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di kawasan tertutup persekolahan
  • Kehadiran para pelajar diwajib seperti keadaan sebelum COVID-19, akan tetapi terkecuali untuk kes tertentu sahaja
  • Aktiviti sukan dan kokurikulum dibenarkan
  • Ibubapa dibenarkan melawat anak di asrama sekolah, mulai 1 Mei
  • Pendaftaran secara fizikal sekolah untuk Tingkatan 1 dan 4 akan dilakukan pada 13 Mei hingga 16 Mei ini
  • Guru, murid dan seluruh pekerja pendidikan dibenarkan makan di kantin dan kafeteria
  • Waktu rehat berperingkat boleh dilaksanakan jika perlu
  • Solat boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal dan murid dibenarkan menunaikan solat Jumaat diluar kawasan institusi pendidikan

Perincian garis panduan akan dikemas-kini dari semasa ke semasa.