Artikel

Mantan Timbalan Menteri Kewangan – Kini Dilantik Selaku Pengerusi Eksekutif SC

MOF, Kementerian Kewangan memaklumkan telah menerima peletakan jawatan Pengerusi Eksekutif Datuk Syed Jaffar Albar selaku Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) – yang berkuat kuasa pada 31 Mei kelak.

Susulan peletakan jawatan tersebut, kini Menteri Kewangan Tengku Zafrul melantik Datuk Dr. Awang Adek Husin selaku Pengerusi Eksekutif SC baharu, menerusi pelantikan ini ia diumumkan secara terus bagi membantu pentadbiran SC kekal lancar dan seimbang. Pelantikan ini dilihat adalah selaras dengan seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (Akta 498).

Untuk makluman, Datuk Dr. Awang adalah mantan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 2009-2013 dan memiliki pelbagai pengalaman dalam sektor ekonomi luar sera dalam negara. Mengikut pengumuman, beliau dijangka memulakan tugasnya selaku Pengerusi Eksekutif SC bermula pada 1 Jun 2022.