Artikel

F&N Terokai Pasaran Baharu – Antaranya Membangunkan Minuman Berasaskan-Tumbuhan

Bagi mengurangkan kebergantungan pada pasaran susu pekat dan memperluaskan segmen susu cair – F&N atau Fraser & Neave Holdings kini mula mempelbagaikan strategi mereka dalam pasaran tempatan serta serantau.

Aturan itu sekaligus melibatkan penyediaan perbelanjaan modal sekitar RM150 juta. Ia meliputi perancang projek seperti loji dan gudang pengeluaran (RM20 juta) di Kota Kinabalu-Sabah dan kilang susu cair di Thailand pula kini di fasa akhir pertauliahan.

Selain itu, F&N turut dalam fasa melengkapkan kilang Pulau Indah-Selangor yang dilaporkan memiliki keupayaan penghasilan minuman berasaskan tumbuhan. Dijangka ia dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini, 2022.

Menerusi nilai pelaburan RM148 juta bagi penyelesaian kilang di Thailand dan Selangor ini – F&N menyasarkan inisiatif tersebut berpotensi membantu operasi mengembangkan jenamanya pada pasaran baharu.

Setakat ini, prestasi separuh pertama menunjukkan aliran yang positif. Pendapatan F&N dilihat melonjak 1.8% kepada RM2.21 bilion. Manakala hasil pula meningkat 5.2% kepada RM1.2 bilion.

Meskipun alami peningkatan, F&N kekal akui memiliki ketirisan pada keuntungan sebelum cukai (RM220.1 juta) dan selepas cukai (RM186.8 juta) yang lebih rendah berbanding rekod sebelumnya. Situasi tersebut didorong hasil peningkatan harga komoditi yang tinggi serta kesan krisis ekonomi yang sedang berlaku.