Capaian siaran televisyen berbayar kini secara berterusan menunjukkan peningkatan dalam kalangan isi rumah Malaysia. Ia telah meningkat kepada 83.2%.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Survei Penggunaan dan Capaian ICT Individu dan Isi Rumah 2021 itu menunjukkan lonjakan berbanding tahun 2020 yang memaparkan paras capaian 78.9%. Ini secara menunjukkan langgan siaran tv berbayar serta platform penstriman terus meluas pada permintaan masyarakat negara.
Selain peningkatan itu, capaian internet isi rumah juga telah melonjak kepada 95.5% pada 2021, ini lebih tinggi berbanding data 2020 iaitu 91.7%. Berdasarkan segmen itu, peratusan penggunaan internet mengikut jantina turut memperlihatkan kumpulan lelaki (97.2%) lebih tinggi berbanding wanita (96.3%).
Lebih menarik mengikut kategori usia individu pula, kumpulan berusia 15 tahun sehingga 19 tahun memaparkan peratusan penggunaan internet lebih tinggi (99.3%) berbanding kumpulan individu berusia 30 tahun hingga 34 tahun (99.2%).
Manakala mengikut kategori negeri pula, terdapat 5 negeri yang diklasifikasikan miliki capaian internet tertinggi di negara. Antaranya Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya dengan 100%, diikuti WP labuan (99.9%), WP Kuala Lumpur (99.8%), Selangor (98.4%) dan Johor (98%).