Artikel

Sapura Energy Teruskan Langkah Potong Gaji Pengurusan Kanan – Sehingga 40%

Sapura Energy, kini mengekalkan tindakan pengurangan gaji pihak pengurusan kanannya. Pemotongan gaji itu merangkumi paras kadar 20% sehingga 40%.

Pelaksanaan itu difahamkan adalah sebahagian daripada langkah penjimatan untuk mengekalkan aliran tunai perniagaan. Buat pengetahuan umum, tindakan ini telah mula dilakukan pada April 2020, dua tahun lalu ketika penularan COVID-19 mula tercetus.

Tidak hanya pengurangan gaji, Sapura Energy juga turut menjalankan pengurangan imbuhan terhadap ahli lembaga pengarah – iaitu sekitar 10% sejak 2020. Dan dijangka kadar imbuhan tersebut akan dikurangkan lagi pada tahun ini.

Selain perkongsian itu, pada laporan Sapura turut menjelaskan – prestasinya masih kukuh dan akan terus bertanggungjawab menyelesaikan masalah bayaran tertunggak kepada vendornya dalam kadar segera. Pihaknya sedari para vendor mengalami kesukaran khususnya buat firma kecil yang bergantung kepada perolehan Sapura Energy.