Malindo Air merupakan salah satu penerbangan yang menyediakan khidmat penerbangan domestik tambang rendah. Terbaru, Malindo Air mengumumkan proses penjenamaan semula, dimana penerbangan mereka akan dikenali dengan nama Batik Air.
Penjenamaan semula ini selari dengan langkah Lion Group – syarikat induk yang ingin membangunkan sebuah identiti selari di rantau ini.
Di Indonesia, khidmat penerbangan dibawah Lion Group sedia dikenali sebagai Batik Air, dan kini Malindo Air turut akan dijenamakan kepada Batik Air.
Proses penjenamaan semula ini dijangka akan dilakukan secara berperingkat meliputi semua perkhidmatan dan komunikasi mereka.