AirAsia X (AAX) terus menggandakan usaha khidmat penerbangan mereka kini mengutamakan para pelanggan yang memiliki kredit perjalanan tertunggak, boleh menggunakan akaun kredit untuk menempah tiket sedia ada dengan segera.
Di mana dalam tempoh 3 bulan mendatang – para pengguna yang memiliki kredit tetapi tidak digunakan dengan syarikat penerbangan, akan menerima baucar perjalanan secara automatik. Ini membolehkan pengguna menempah tiket penerbangan sehingga 5 tahun menerusi akaun AirAsia Rewards.
Tidak hanya tawaran tersebut – AirAsia turut memaklumkan bagi pengguna yang terjejas disebabkan proses penstrukturan semula turut akan menerima bayaran balik secara one-off sebanyak 0.5% daripada nilai keseluruhan kredit perjalanan mereka yang tidak digunakan pada ulang tahun pertama Penstrukturan Semula Hutang AAX pada bulan Mac 2023, serta sebahagian daripada keuntungan AAX pada tahun akan datang.
Baru-baru ini juga AAX telah melancarkan perkhidmatan pasca pandemik pertamanya dari Kuala Lumpur ke Sydney dan minggu lepas ke New Delhi dan Seoul.
Perkhidmatan ini tersedia untuk tempahan menggunakan akaun kredit atau kredit perjalanan tertunggak untuk perjalanan sebelum 30 Jun 2022. Jika tiada sebarang tempahan dibuat dalam tempoh ini, kredit perjalanan tertunggak atau akaun kredit akan ditukar secara automatik kepada baucar perjalanan dan akan dikreditkan kepada tetamu dalam beberapa bulan akan datang, sah untuk tempahan perjalanan sehingga 5 tahun.
Melalui usaha kesleuruhan ini, AAX melihat ia adalah sebahagian penghargaan buat kesetiaan pengguna bersama sepanjang operasi perkhidmatan mereka. Malah ia juga berpotensi melonjakkan kembali aliran perjalanan susulan pembukaan penerbangan negara semakin meluas.