Artikel

Bermula 1 Mei – Pelitup Muka, Imbasan Kod MySejahtera Tidak Lagi Diwajibkan

Minggu lalu telah terdapat laporan mengatakan pengenaan saman tidak lagi dilakukan ke atas orang awam, sekiranya tidak memakai pelitup muka. Ternyata tindakan itu telah disahkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada sidang media hari ini (27 April).

Di mana bermula 1 Mei ini, rakyat Malaysia tidak lagi wajib memakai pelitup muka di luar bangunan atau tempat terbuka. Namun pemakaian tersebut masih terpakai untuk kawasan di dalam bangunan.

Meskipun tiada pengenaan perundangan, pihak berkuasa kekal menyarankan pemakaian pelitup muka bagi menjamin kesejahteraan orang awam.

Sebelum ini, semua pihak ketahui Malaysia telah kuat kuasa kewajipan memakai pelitup muka pada 1 Ogos 2020 selari dengan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Selain kelonggaran pemakaian pelitup muka, ini antara penerapan garis panduan (SOP) KKM bersama MKN lain yang baharu, wajar diberi perhatian orang awam;

  • Protokol uji dan lepas bagi kes positifi COVID-19 ; membenarkan penamatan kuarantin pada hari ke-4 setelah mendapat keputusan negatif menerusi ujian RTK-Antigen. Namun jika positif masih perlu jalani pengasingan selama 7 hari
  • Kemasukan indiidu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi – namun premis perlu semak status positif/negatif
  • Keperluan pengujian pengesanan COID-19 warga luar negara digugurkan untuk mereka yang telah melengkapkan vaksinasi, namun bagi yang bergejala perlu laksana ujian saringan
  • Insurans COVID-19 bagi pengembara bukan warganegara tidak lagi jadi pra-syarat kemasukan
  • Penjarakan fizikal tidak diperlukan
  • Imbasan kod QR tidak diwajibkan, hanya menyemak status risiko orang awam sahaja
  • Ciri aplikasi MySejahtera akan dinaik-taraf, tidak hanya COVID-19 tetapi penularan penyakit lain
  • Sesi salam kini dibenarkan tetapi orang awam perlu mencuci dan membersihkan tangan