Artikel

Uniqlo Malaysia, PERKESO Bekerjasama – Sumbang Pakaian Kepada 1,500 Pencari Pekerjaan

Keterampilan diri sememangnya antara elemen utama yang perlu diberi perhatian oleh pemohon pekerjaan, terutamanya melibatkan skop tugasan tertentu. Ia tidak sekadar menepati aturan pemakaian mengikut industri tetapi turut dapat membentuk keyakinan diri pemohon pekerjaan.

Menyedari kepentingan itu, Uniqlo Malaysia bersama PERKESO kini menjalin usahasama – menawarkan sokongan pakaian khusus buat 1,500 pemohon pekerjaan yang berjaya menerima tawaran kerja.

Perincian lanjut laporan Bernama ini, PERKESO akan bertindak meneliti 500 pencari kerja yang berjaya menerima tawaran pekerjaan bagi setiap bulan – dalam tempoh April sehingga Jun 2022 untuk menerima insiatif sumbangan Uniqlo ini. Lebih menarik, akses ini tersedia untuk kumpulan rentan.

Antara kategori kumpulan rentan yang bakal menerima manfaat ini adalah;

  • Kumpulan B40
  • Ibu Tunggal
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Warga Emas
  • Gelandangan
  • Siswazah yang berdaftar pada laman MyFutureJob