Artikel

Sekitar 93% Pekerja Bukan-Perkeranian Maybank – Terima Kenaikan Gaji, Gred

Maybank kini memberi kenaikan 10% gaji asas serta gred perkeranian kepada petugas bukan-perkeraniannya – iaitu kumpulan yang menyertai program Pendaya Tempat Kerja (WE).

Pelaksanaan WE dilihat berupaya memperkasakan stigma petugas berhubung nilai pekerjaan dan memberi motivasi secara berterusan buat mereka untuk meningkatkan kecekapan kemahiran serta pengalaman dari semasa ke semasa.

Menurut laporan Bernama, medium WE bertujuan memberi kemahiran baharu kepada kalangan pekerja bukan perkeranian untuk peningkatan kerjaya serta memikul peranan lebih besar di masa hadapan. Buat pengetahuan umum, inisiatif selama 8 bulan ini telah mula tersedia sejak Januari 2021 lagi.

Adanya usaha ini, ia telah berupaya membentuk pemahaman pengalaman yang lebih baik kepada lebih 360 pekerja Maybank berkaitan di seluruh operasi negara.