Artikel

Catcha Group Melabur Pada Platform Pelaburan Hartanah Mewah

Catcha Group merupakan sebuah firma yang tidak asing di Malaysia, dimana mereka telah melabur pada sejumlah syarikat teknologi, termasuk iFlix, Carsome, iMedia, Common Ground, dan sebagainya.

Terbaru, Catcha Group turut dilihat telah melabur pada platform pelaburan hartanah mewah, Estate.co.

Melalui platform berkenaan, sesiapa sahaja boleh memulakan pelaburan pada nilai bermula $1000, dan seterusnya menjana pendapatan melalui sewa dan sebagainya.

Pada masa yang sama, Patrick Grove yang merupakan pengasas Catcha, kini turut disenaraikan sebagai pengasas bersama untuk Estate.co ini.