Artikel

KLCC Meningkatan Gaji Minima Kepada RM2500 Bermula 1 Mei – 40% Lebih Tinggi Berbanding Tetapan Kerajaan

Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) hari ini mengumumkan mereka akan menetapkan gaji minimum untuk pekerja sepenuh masa mereka sebanyak RM2,500 bermula 1 Mei 2022 kelak.

Hal ini selari dengan peningkatan kos sara hidup di Kuala Lumpur.

Pengumuman ini selari dengan pelbagai aktiviti kembali bergerak aktif seperti biasa semula, dan KLCC sendiri menyasarkan untuk menyediakan ruangan mereka untuk sehingga 117 acara sehingga Disember 2022 kelak.

Sebelum ini, kerajaan telah mengatakan gaji minima untuk pekerja akan ditetapkan kepada RM1,500 bermula 1 Mei 2022 kelak.