Artikel

CEO Twitter Berpotensi Perolehi $42 Juta – Sekiranya Tamatkan Khidmat, Setelah Pembelian Dicapai

Setelah Elon Musk melaksanakan aturan mengambil-alih Twitter pada niilai RM191.7 bilion ($44 bilion) – dijangka terdapat beberapa perubahan akan dilakukan pada medium Twitter termasuklah perubahan pengurusan media sosial tersebut.

Susulan jangkaan itu, menurut firma penyelidikan Equilar – sekiranya Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Parag Agrawal menamatkan khidmatnya dalam tempoh beberapa bulan mendatang, Parag berpotensi menerima sekitar $42 juta.

Anggaran tersebut difahamkan merangkumi, gaji asas Parag bernilai setahun bersama peletakan hak semua ekuiti (saham syarikat). Bagaimanapun, wakil Twitter tidak memberi sebarang maklum balas berhubung anggaran Equilar tersebut.

Berdasarkan laporan, Elon Musk memiliki matlamat untuk menampilkan Twitter sebagai platform media bebas – ini termasuklah menjadi alogritma sumbernya lebih terbuka serta mengatasi isu teknikal media sosial.

Mengikut sasaran, penyelesaian peralihan ini dijangka dapat dicapai pada tahun ini, 2022.