Artikel

Indeks Pelopor Catat -0.5%, Menandakan Pertumbuhan Malaysia Bergerak Perlahan – DOSM

Walaupun ekonomi Malaysia sedang alami pemulihan, akan tetapi dalam tempoh terdekat ternyata momentum pertumbuhan negara akan menjadi lebih perlahan.

Ini diperlihatkan pada Indeks Pelapor negara, yang kini mencatatkan -0.5% bagi Februari 2022 dalam tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Pelopor (IP) merupakan petunjuk hala tuju ekonomi dalam beberapa bulan ke hadapan

Berdasarkan pengamatan, prestasi ini dipengaruhi beberapa aspek antaranya oleh sentimen pelabur yang berhati-hati terhadap pasaran saham yang dicerminkan oleh aliran menurun pada Indeks Perusahaan Bursa Malaysia disebabkan Indeks Penjagaan  Kesihatan dan Indeks Utiliti pada Februari 2022.

Selain itu, isu krisis antarabangsa juga turut memberi tekanan lanjut kepada pertumbuhan ekonomi global. Ia sekaligus memberi kesan kepada aliran perdagangan, inflasi dan pasatan kewangan. Ini secara langsung boleh menganggu prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Akan tetapi dari segi perspektif hala tuju pula negara masih menunjukkan prestasi lebih baik berbanding Januari 2022, apabila mencatatkan peningkatan 110.8 mata. Malaysia disasar terus bergerak ke arah pemulihan.