Artikel

Hentian R&R Kini Dibuka 24 Jam Setiap Hari – Sepanjang Musim Perayaan

Memahami keadaan trafik di negara bakal berdepan kesesakan dengan jangkaan kehadiran 2 juta kenderaan mulai 29 April ini – PLUS Malaysia mula mempersiapkan khidmat sokongan mereka kepada pengguna.

Di mana, semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta segmen hentiannya akan dibuka 24 jam setiap hari, demi memenuhi kemudahan dan keselesaan pengguna lebuhraya.

Menerusi pembukaan selama 24 jam ini, ia bermakna pelbagai gerai makanan dan minuman akan tersedia menawarkan perkhidmatan kepada pengguna. Langkah ini secara langsung membantu ekosistem perniagaan meningkatkan perolehan mereka sepanjang musim perayaan ini. Tidak hanya itu, khidmat tandas awam serta surau awam turut dibuka 24 jam buat pengguna.

Bagaimanapun, orang awam yang berhenti di R&R diingatkan untuk sentiasa bertimbang rasa dan kekal mematuhi SOP yang ditetapkan. Seperti yang umum ketahui kesesakan trafik bakal meningkatkan kesesakan pada kawasan rehat juga.

Buat pengetahuan umum, PLUS turut menambah tandas awam bersama lori tangki air di R&R dan hentian sebelah – bersedia untuk menampung peningkatan pengguna lebuhraya. Lebih menarik terdapat penyediaan minuman kopi secara percuma pada hentian R&R terpilih buat para pengguna.

Maka untuk itu, PLUS menasihati kerjasama orang awam harus dicapai bagi memastikan kesejahteraan semua pihak terus terkawal dan dapat diberi jaminan.