Artikel

CTOS Digital Perluas Pegangan Pada RAM Holdings – Beli 9.1% Kepentingan

CTOS Digital, syarikat pelaporan kredit kini terus perluaskan pegangannya pada RAM Holdings Bhd apabila melaksanakan pembelian 910,000 saham biasa bersama OCBC Bank , Affin Bank dan Affin Hwang Investment.

Langkah itu telah membawa kepada nilai RM25.06 juta.

Mengikut kenyataan bursa, peralihan itu mewakili 9.1% daripada jumlah modal saham berbayar CTOS dan akan diselesaikan melalui hasil tunai yang diperoleh pada pengambilalihan baharu menerusi pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) dan dana yang dijana secara dalaman.

Untuk makluman tindakan perluasan kepentingan ini turut telah dilakukan CTOS Digital pada Disember tahun lalu, apabila pihaknya telah memiliki 8.1% pegangan pada RAM Holdings dengan pembelian saham berjumlah RM7.6 juta bersama saham milik Standard Chartered.

Dengan adanya peningkatan kepentingan CTOS Digital, ia berupaya meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak dalam perniagaan.