PETRONAS Technology Ventures Sdn Bhd (PTVSB) bersama Aerodyne Oil & Gas iaitu anak syarikat Aerodyne Group kini bersepakat mengatur langkah, meneroka peluang penyelesaian menerusi dron.
Kesepakatan ini dilihat berupaya meningkatkan penererapan teknologi dron pada industri tenaga. Ia sekaligus membantu industri mengoptimumkan operasi dan selari dengan matlamat negara untuk melandaikan jejak karbon pada persekitaran pekerjaan.
Melalui agenda kelestarian ini juga, ia sekaligus merancakkan industri negara pada penerapan robotik dari semasa ke semasa.
Selain meneroka penyelesaian dron, PETRONAS dan Aerodyne turut melihat usahasama ini berpotensi membantu kedua pihak meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti tenaga kerja. Ini secara langsung meningkatkan lagi kemampanan industir tenaga Malaysia.