Artikel

Isu Kos Makanan Ternakan Naik – Selangor Bakal Laksana Tanaman Jagung, Selepas Aidilfitri

Susulan isu kenaikan harga makanan ternakan ayam kini semakin menghimpit para peniaga, Selangor kelak bakal melaksanakan tanaman jagung merangkumi keluasan 400 ekar di Negeri Sembilan dan 300 ekar di  Selangor.

Usaha di bawah projek tanaman Program Intervensi Ehsan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) ini akan dilaksanakan selepas perayaan Aidilfitri kelak.

Adanya inisiatif ini, Selangor menyasarkan ia berupaya mengurangkan kebergantungan negara terhadap makanan ayam import, yang dianggarkan membawa jumlah perbelanjaan sekitar RM7 bilion.

Selain itu, usaha tersebut sekiranya berjaya dibentuk berpotensi menjadikan Selangor selaku peneraju dalam penghasilan jagung untuk ternakan ayam tempatan.