Artikel

Maybank Maklum – Terdapat Gangguan Pada Khidmat Maybank2u, Aplikasi MAE

Pada hari ini, perkhidmatan Maybank memaklumkan terdapat komplikasi pada penggunaan perkhidmatan perbankan mereka. 

Menurut Maybank melalui ciapan twitter rasminya, buat sementara waktu, antara perkhidmatan yang mengalami gangguan ketika ini adalah seperti khidmat aplikasi Maybank2U, aplikasi MAE dan laman portal perbankan Maybank2U.

Berikutan permasalahan ini, Maybank memohon sedikit tempoh dan akan mengemaskini proses penyelenggaraan kepada pengguna mereka. Setakat ini, pihaknya masih menyelenggara sistem perbankan dalam kadar segera.