Artikel

Nestlé Malaysia, Sime Darby Plantation Atur Kerjasama – Penanaman Semula Hutan

Nestlé, pengeluar produk makanan gegasi dunia ketika ini mula perluaskan agenda kelestariannya bersama Sime Darby Plantation (SDP) – dalam pelaksanaan penanaman semula hutan di bawah pelan Projek RELeaf.

Melalui inisiatif, ia akan memperlihatkan sumbangan benih dari Yayasan Sime Darby dengan peruntukan sekitar RM2 juta, di mana penanaman 3,000 anak benih akan diperuntukan di Ladang Sua Betong, Port Dickson Negeri Sembilan.

Seiring dengan matlamat Malaysia yang ingin mengukuhkan segmen hijau negara, dilaporkan terdapat 23 jenis pokok akan dipilih dan ia akan menjadi sebahagian daripada 3 juta pokok yang disasarkan dapat ditanam menjelang tahun hadapan, 2023.

Adanya usaha tersebut, ia tidak hanya meningkatkan kelestarian Malaysia tetapi turut membaik-pulih ekosistem hutan negara. Disamping melindungi hidupan binatang serta bekalan air.

Untuk makluman, tidak hanya ladang Sua Betong, terdapat jua 6 lokasi ladang SDP terpilih akan menerima penanaman benih ini. Merangkumi Semenanjung Malaysia serta Malaysia Timur.