Artikel

Kini Anda Turut Boleh Mengambil Insurans Untuk Basikal Anda

Kita sedia melihat beberapa produk insurans di pasaran hari ini, dan terbaru, Allianz turut memperkenalkan insurans untuk basikal, hasil kerjasama dengan Howden.

Dengan lebih ramai kini meminati hobi berrbasikal, insurans ini dijangka akan menerima permintaannya tersendiri.

Insurans ini dijangka akan melindungi basikal, kecedaraan pada yang menunggang, selain kerosakkan pada harta benda yang lain. Disamping itu, ia juga dijangka akan melindungi kos sekiranya berlaku kecurian.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman khusus Howden yang disediakan hari ini.