Artikel

Unilever Akan Berhenti Memasarkan Iklan Makanan Kepada Remaja Berusia Bawah 16 Tahun

Unilever mempunyai sejumlah jenama makanan dibawah mereka, termasuk seperti Magnum, Knorr, dan juga Wall’s. Terbaru, mereka menyatakan perubahan baharu pada operasi mereka, dan tidak lagi akan menyasarkan pengiklanan produk makanan kepada mereka yang berusia dibawah 16 tahun bermula 1 Januari 2023 kelak.

Dengan perubahan ini, Unilever tidak lagi menyasarkan iklan mereka kepada kanak-kanak dibawah 16 tahun melalui sebarang pengiklanan dan juga perkongsian media sosial.

Pada masa yang sama, Unilever juga tidak akan menggunakan sebarang selebriti atau ikon media sosial dibawah 16 tahun.

Buat masa ini, perubahan ini lebih menyasarkan produk dan jenama makanan dibawah Unilever, sementara kategori lain akan memasarkan produk seperti biasa.