Artikel

Maksimumkan Perbelanjaan Anda – Bersama Penjimatan Baucar Tunai RM150 ePemula X GrabPay

GrabPay, salah satu e-dompet yang kerap digunakan, berperanan memudahkan orang awam untuk mengakses perbelanjaan secara nirtunai (tanpa tunai) melalui transaksi secara atas talian – kini tampil dengan penawaran penjimatan berganda, bersama kredit RM150 ePemula buat pengguna.

Inisiatif baharu ini secara langsung membuka peluang kepada pengguna untuk menebus kredit RM150 di bawah usaha ePemula Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Selain daripada menggalakkan transaksi nirtunai, untuk perbelanjaan luar talian, MOF turut mengharapkan inisiatif ePemula ini dapat memanfaatkan PKS mikro negara. Langkah ini sekaligus dapat merancakkan aliran pertumbuhan Malaysia.

Ayuh ketahui pulangan dan penjimatan menarik kredit RM150 ePemula bersama GrabPay, khusus buat pengguna.

Apa Itu Kredit RM150 ePemula Bersama GrabPay?

ePemula adalah sebuah inisiatif Skim Transaksi Tanpa Tunai 2022 yang bertujuan memupuk penyertaan kumpulan belia dalam arena kewangan digital negara. 

Namun apa yang menarik, melalui GrabPay penawaran kredit RM150 akan ditawarkan secara baucar tuna dalam nilai yang kecil. Penawaran ini akan disertakan ke dalam akaun dompet digital belia yang berusia 18 tahun hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi (IPTA dan IPTS). Ini bermakna, setiap kumpulan belia yang terlibat berupaya menebus baucar tunai RM150 mereka pada dompet digital GrabPay, bermula 11 April sehingga 1 Jun 2022 kelak. Agihan ini secara langsung akan memanfaatkan lebih 2 juta belia negara dengan jumlah peruntukan mencecah RM300 juta.

Dan sudah pasti setiap penawaran kredit kepada pengguna ia memiliki had tempoh tertentu untuk menebus pada dompet digital. Maka pengguna Grab diingatkan, hanya dapat menggunakan baucar tunai ini sehingga 10 Jun 2022 sahaja. 

Nikmati Diskaun Dan GrabRewards – Beri Pengguna Penjimatan Berbelanja Jangka Panjang

Dengan menebus kredit RM150 ePmula bersama GrabPay, pengguna tidak hanya menikmati nilai asas kredit yang diberi dalam bentuk baucar tunai sahaja. Tetapi turut berpeluang menerima RM210 baucar tunai, iaitu tambahan kepada dompet digital anda. 

Ia secara tidak langsung menjadikan kredit pengguna berupaya bernilai sehingga RM360.

Maka dengan perolehan nilai baucar tunai yang cukup berbaloi buat pengguna aktif GrabPay, ia akan memberi kelebihan dari aspek penerimaan GrabRewards ketika melakukan perbelanjaan. Antaranya menikmati tawaran perbelanjaan bersama rakan kongsi GrabPay seperti BottomsLab, UniPin,myNews, FamilyMart, Innisfree, Watsons dan pelbagai lagi.

Tidak hanya itu, pengguna juga dapat menggandakan tawaran GrabRewards ini dengan penjimatan tambahan bersama peryertaan dalam GrabUnlimited dan Kempen Raya Bersama Grab.

Melalui GrabUnlimited, pengguna belia dapat meningkatkan lagi penjimatan mereka dengan sejumlah diskaun ketika pembelian – merangkumi penghantaran makanan, barangan di GrabFood dengan 30% diskaun serta GrabMart. Sementara kempen Raya bersama Grab pula akan menambahkan nilai tawaran sehingga 50% diskaun. Selain itu, setiap transaksi GrabPay, pengguna akan menerima GrabRewards yang boleh didermakan kepada komuniti yang memerlukannya. Tambahan, Grab akan menggandakan GrabRewards yang didermakan.

Inisiatif Bersama ePemula – Bantu Grab Pacu Penggunaan Nirtunai Kalangan Belia

Buat pengetahuan umum, data VISA menunjukkan penerapan nirtunai (tanpa tunai) dalam kalangan rakyat Malaysia kini telah mencecah paras 96%, akan tetapi langkah itu masih di paras sederhana, khususnya bagi masyarakat di luar bandar.

Maka melalui inisiatif bersama ePemula, Grab melihat kerjasama ini suatu pendekatan yang baik buat pengguna lebih memahami cara perbelanjaan yang efektif bersama GrabPay. Ia tidak hanya menawarkan penjimatan berganda tetapi turut ingin meningkatkan penglibatan pengguna secara nirtunai.

Ini kerana, sejak pembabitan Grab melalui GrabPay pada 2017 – pelbagai langkah kerjasama untuk mengalakkan rakyat mengamalkan budaya nirtunai telah dipupuk bersama kerajaan Malaysia. Antaranya bersama MDEC dalam kempen Shop Online Malaysia (SMO), Kementerian Kewangan (MoF) di bawah inisiatif e-Tunai, e-Penjana dan terbaharu ePemula, serta bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada usaha ReDI iaitu program pendigitalan sektor peruncitan negara.

Oleh itu, adanya penawaran diskaun serta nilai baucar tambahan baharu bersama ePemula, ia tidak sekadar memacu penggunaan nirtunai belia negara. Tetapi turut menjadikan perbelanjaan pengguna menjadi lebih berbaloi serta bijak bersama Grab. 

Penafian: Advertorial Dari Grab Malaysia