Artikel

Sekitar 13,892 Perniagaan Kini Terima Manfaat Geran, Pinjaman Digitalisasi – Berjumlah RM92.9 Juta

Setakat pertengahan April 2022, sejumlah RM92.9 juta telah berjaya disalurkan pentadbiran Malaysia kepada 13,892 perniagaan dalam bentuk geran serta pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), penyaluran tersebut merangkumi peruntukan RM700 juta untuk membantu dan menggalakkan perniagaan kecil, sederhana (PKS) serta syarikat di peringkat pertengahan (MTC) untuk menerap digitalisasi pada operasi dagangan mereka.

Selain peruntukan itu, terdapat pelbagai lagi penyaluran dana telah dilaksanakan pentadbiran negara, antaranya;

  • Terkesan penularan COVID-19 – peruntukan RM600 juta kepada PKS dan usahawan mikro berkaitan
  • Skim Jaminan Prihatin DanaJamin – sedia skim jaminan berjumlah RM50 bilion
  • Program Subsidi Upah – telah menyalurkan sekitar RM20.68 bilion kepada 357,703 majikan untuk kekalkan penggajian 2,956,121 pekerja tempatan
  • Insentif Penggajian JaminKerja – peruntukan sekitar RM2 bilion, telah berjaya menempatkan 51,037 pekerja
  • Perlindungan sosial khidmat – sedia padanan caruman sekitar 80% dan kumpulan terpilih Orang Bekerja Sendiri (OBS) hanya perlu menampung caruman 20% sahaja (RM46.60)