Artikel

FamilyMart Bakal Sedia Segmen Sewaan Skuter Elektrik – Bermula Di Jepun

Susulan parlimen Jepun telah melonggarkan peraturan pengangkutan negaranya dan mengiktiraf penggunaan skuter elektrik sebagai pengangkutan mesra alam, kini FamilyMart bakal memanfaatkan pelaksanaan tersebut.

Iaitu dengan menyediakan segmen sewaan skuter elektrik di lebih 600 cawangan FamilyMart di Jepun.

Menerusi tindakan membenarkan rakyat Jepun membawa skuter elektrik tanpa lesen dan topi helmet itu – ia akan memperlihatkan kerjasama FamilyMart bersama Luup, iaitu penyedia skuter elektrik Jepun. Meskipun tidak diperincikan jumlah pelaburan, akan tetapi ia dijangka menjadi pelaburan terbesar Luup.

Untuk makluman, bagi setiap penggunaan skuter elektrik FamilyMart dan Luup ini, pelbagai perancangan tawaran ganjaran akan diberi kepada pengguna melalui aplikasi. Ini secara langsung tidak hanya meningkatkan pendapatan tambahan tetapi turut mengalakkan pembelian di cawangan fizikal FamilyMart.

Mengikut laporan Nikkei pada peringkat awal, FamilyMart akan menawarkan khidmat skuter elektrik di beberapa cawangan terpilih Jepun dan seterusnya merancang akan meluaskan segmen tersebut di cawangan seluruh negara