Memahami kritikan dan permintaan pengguna dalam meningkatkan kecekapan penggunaan kad Touch ‘n Go- kini secara rasminya TNG melancarkan kad Touch ‘n Go versi baharu, yang membenarkan pengguna menambah-nilai secara terus melalui aplikasi TNG eWallet.
Lebih menarik, penggunaan kad ini boleh digunakan di mana jua dan pengguna tidak akan mengalami sebarang surcaj ketika sesi tambah-nilai dilaksanakan.
Mengikut makluman rasmi, penggunaan kad baharu ini boleh ditambah-nilai dengan menyentuh kad tersebut pada bahagian NFC telefon. Adanya usaha ini, ia akan meningkatkan kemudahan tambah-nilai pengguna – tanpa perlu pergi ke bahagian kiosk tambah-nilai.
Seterusnya bagi kemudahan perolehan kad ini, para pengguna boleh mendapatkannya di kedai fizikal TNG, aplikasi TNG eWallet, Shopee dan Lazada – akan tetapi pengguna hanya boleh membeli 2 kad sahaja secara fizikal atau pesanan atas talian. Maka memahami bakal berlakunya permintaan tinggi dan wujudnya isu kekurangan cip global, TNG memaklumkan akan terdapat kehabisan stok untuk pembelian.
Para pengguna diminta bersedia akan isu yang dijangka berbangkit dan dinasihatkan mendaftar pada aplikasi TNG eWallet untuk menerima makluman ketersediaan kad bagi pembelian kelak.