Artikel

Carsome Dilapor Akan Melakukan Penyenaraian Di Nasdaq Pada Nilai $2 Bilion

Carsome, salah satu platform yang popular untuk jual-beli kenderaan, kini dilaporkan sedang melihat untuk menyenaraikan syarikat mereka di bursa Nasdaq pada nilai sekitar $2 bilion.

Disamping di Nasdaq, Carsome turut diperkatakan sedang pertimbangkan untuk melakukan dwi-penyenaraian dengan satu lagi di bursa Singapura.

Carsome sebelum ini agak aktif dalam mengambil-alih beberapa syarikat dalam mengukuhkan portfolio mereka. Secara kasar, Carsome melakukan transaksi melibatkan sekitar 100,000 kereta setiap tahun, dan kini merupakan antara penyedia yang dituju apabila ingin melakukan jualan kereta terpakai.

Di Malaysia, Carsome turut mempunyai pesaing mereka tersendiri, iaitu MyTukar.