Artikel

CIMB Ingin Perkukuhkan Transformasi Digital – Sasar Melabur Hampir RM1.2 Bilion

CIMB, sebagai langkah pengukuhan institusi perbankannya kini merancang perkasakan segmen transformasi digital Secara langsung perancangan itu akan memperuntukkan pelaburan hampir RM1.2 bilion pada tahun ini.

Melalui aturan itu, pihak perbankan melihat ia tidak hanya menyeimbangkan struktur operasi dalam teknologi, tetapi turut memberi kelebihan dalam mengekalkan pertumbuhan positif perbankan – meliputi rangkaian perniagaan di rantau Asean.

Malah CIMB juga pada inisiatif pelaburan teknologi baharunya – turut akan memperkenalkan aplikasi perbankan mudah alih Next Gen pada akhir tahun ini.

Mengikut laporan Bernama, setakat ini prestasi kewangan perbankan kekal kukuh dan menyaksikan pemulihan secara berperingkat pada tahun kewangan 2021. Dan dijangka momentum itu akan terus dapat dicapai menerusi agenda memperkasakan teknologi digital dalam perkhidmatan kepada para pengguna.