Artikel

PNB Rancang Labur RM10 Bilion Pada Aset Kelestarian – Menjelang 2030

Seiring dengan matlamat ekonomi negara ke arah kelestarian – Permodalan Nasional Bhd (PNB) kini merancang memperuntukkan RM10 bilion pada aset hijau dibawah kerangka baharu iaitu Rangka Kerja Kelestarian, menjelang 2030.

Tindakan itu dimaklumkan merangkumi 10 komitmen ESG – Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus. Antara sasarannya adalah;

  • Syarikat karbon sifar bersih menjelang 2025
  • Mencapai portfolio karbon bersih menjelang 2050
  • Tangani isu berkaitan ekuiti – serta pendiiran berhubung hak pekerja, merangkumi gaji dan memperkasakan lagi penyertaan wanita dalam operasi
  • Memperhalusi amalan tadbir urus – meliputi keuntungan syarikat, awam serta sumbangan kepada persekitaran

Tidak hanya itu PNB turut memaklumkan terdapat agenda bersama syarikat pelaburan untuk membangunkan pelan penciptaan nilai dalam memastikan pertumbuhan syarikat, prestasi kewangan terus kukuh.

Adanya usaha ini, ia bakal mewujudkan struktur operasi yang lebih komprehensif dan berpotensi membawa kemampanan pada ekonomi negara dari semasa ke semasa.