Artikel

Arahan Henti Penguatkuasaan Pelitup Muka, Kini Ditarik Semula – Bukit Aman

Ternyata arahan menghentikan tindakan saman ke atas orang awam, jika tidak memakai pelitup muka – kini telah ditarik semula.

Mengikut laporan MalaysiaKini, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Zaini Jass, memaklumkanĀ pekeliling itu telah ditarik balik.

Ini bermakna penguatkuasaan ke atas pemakaian pelitup muka masih lagi diteruskan dan ia kekal bersifat quo.

Berdasarkan laporan, dokumen pekeliling bertarikh 20 April 2022 itu telah dihantar kepada semua polis negeri dan komander unit polis lain, termasuk ketua polis daerah akan tetapi telah ditarik semula.

Menerusi tindakan ini, ia secara langsung menjelaskan orang awam wajib mengekalkan pemakaian pelitup muka mengikut Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sekiranya gagal mematuhi orang awam akan berdepan denda sehingga RM1,000 seperti yang tertakluk dalam perundangan.