Artikel

The Malaysian Reserve Menghentikan Penerbitan Akhbar Bercetak

The Malaysian Reserve, salah satu akhbar bercetak kini mengumumkan mereka akan menghentikan penerbitan akhbar bercetak mereka pada 29 April 2022 kelak.

Langkah ini adalah disebabkan oleh perubahan industri surat khabar sendiri, dimana pengedarannya makin berkurangan dari hari ke hari, pendapatan pengiklanan yang berkurangan, selain peralihan orang ramai ke versi digital.

Hal ini sekaligus membuatkan akhbar The Malaysian Reserver sukar untuk kekal beroperasi dari segi kos dan pendapatan.

Apa pun, versi digital untuk The Malaysian Reserve akan terus beroperasi seperti biasa, dan akan kekal menawarkan kualiti berita yang sama kepada para pembaca.