Kelak orang awam tidak lagi akan dikenakan saman, jika gagal memakai pelitup muka.
Menurut laporan TheMalaysiaInsight, dari Pengurusan Pentadbiran Bukit Aman ini diambil berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersempena sambutan Ramadan dan Aidilfitri kelak.
Meskipun tiada lagi saman dikenakan oleh pihak PDRM namun kewajipan orang awam untuk terus memakai pelitup muka tersebut masih lagi kekal dan dikuat kuasakan, demi kepentingan kesejahteraan masyarakat.
Umum ketahui, Malaysia kini dalam fasa peralihan ke arah endemik dan menerusi matlamat itu terdapat pelbagai pembaharuan pada prosedur operasi standard negara.
Sebelum ini, semua pihak ketahui Malaysia telah kuat kuasa kewajipan memakai pelitup muka pada 1 Ogos 2020 selari dengan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). Jika orang awam gagal, boleh berdepan denda sehingga RM1,000.