Artikel

Malaysia Terima 14,306 Kuota Jemaah Haji 2022

Tahun ini Malaysia menerima sekitar 14,306 kuota jemaah haji.

Menurut Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Idris Ahmad, pada sidang maya pada petang ini – setelah 2 tahun dunia berdepan sekatan dan kawalan pergerakan, kini para jemaah boleh melunaskan tanggungjawab ibadah mereka.

Untuk makluman pemberian kuota haji 2022 dari Kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ini merangkumi 45% dari kuota tahunan. Namun para jemaah perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan – antaranya adalah;

  • Bakal jemaah bawah 65 tahun
  • Tidak memiliki penyakit kronik
  • Memiliki sijil vaksinasi
  • Perlu melakukan ujian PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas

Pada masa yang sama, secara keseluruhannya tahun ini Arab Saudi telah menetapkan 1 juta penyertaan jemaah haji dan 85% daripadanya adalah jemaah luar negara.

Maka untuk perincian lanjut, pihak pentadbiran akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung senarai terlibat berserta pengumuman rasmi berkenaan pembayaran haji tetap – yang dijangka akan dilakukan pada 22 April kelak.