Artikel

KPDNHEP Umum 22 Senarai Barangan Dikawal – Bagi Skim Harga Maksimum Perayaan Aidilfitri

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pada hari ini (21 April) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Aidilfitri 2022.

Terdapat 22 barangan terkawal diumumkan, mula berkuat kuasa 26 April sehingga 6 Mei kelak. Antaranya adalah;

  • Daging lembu tempatan (kecuali bahagian batang pinang)
  • Daging lembu import (harga maksimum di Sarawak)
  • Daging kerbau import (harga maksimum di Semenanjung, Sabah dan Labuan)
  • Ikan kembung, ikan mabung (berat 8-12 ekor/kg)
  • Ikan selayang (berat 8 -12 ekor/kg)
  • Ikan tongkol/aya (berat antara 1-2 ekor/kg)
  • Ikan demudok/sagai/cermin/cupak (Sabah)
  • Tomato
  • Cili merah
  • Kubis bulat import Indonesia, China
  • Kacang panjang
  • Terung panjang
  • Halia tua import, bawang besar import, bawang besar Holland, bawang putih – China
  • Ubi kentang import – China
  • Cili kering, kacang tanah, kelapa biji – borong
  • Kelapa parut – runcit

Sementara berdasarkan jualan bekalan ayam dan telur – KPDNHEP telah melaksanakan Penentuan Harga Maksimum sejak Februari sehingga 5 Jun kelak. Penetapan itu merangkumi jualan ayam hidup, ayam disembelih dan dibersihkan bersama kaki, kepala (ayam standard) serta ayam yang disembelihkan dan dibersihkan tanpa kaki, kepala (ayam super).

Sekiranya para peniaga gagal mematuhi aturan skim – keslahan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Manakala bagi kesalahan menjual harga lebihi paras kawalan pula – peniaga boleh berdepan denda sehingga RM100,000 atau penjara 3 tahun bagi individu.

Syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 dan di kompaun RM250,000.