Artikel

Aliran Trafik Antarabangsa Naik 52% – Sekitar 420,000 Pergerakan Penumpang Dicatatkan

Bulan Mac lalu, telah mula memperlihatkan peningkatan aliran trafik antarabangsa di negara. Berdasarkan Malaysia Airports Holding Bhd aliran trafik kini telah meningkat 52%.

Di mana membawa kepada peningkatan sekitar 420,000 pergerakan penumpang antarabangsa di negara. Melihat pada momentum positif ini – MAHB memerhati ia disokong atas inisiatif pelaksanaan pelbagai medium pelancongan.

Antaranya usaha Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) meliputi kawasan antarabangsa KL bersama Singapura, Bangkok, Phuket serta Phnom Penh dan Pulau Pinang-Singapura.

Buat pengetahuan umum, sejak pembukaan laluan antarabangsa pada 1 April lalu – aliran trafik antarabangsa negara telah mencatatkan pemulihan secara beransur dan kini mencatatkan purata harian bagi pergerakan antarabangsa sekitar 20,000 penumpang.

Dan aliran tersebut dijangka terus meningkatkan setelah lapangan terban terbang antarabangsa Kota Kinabalu kembali menerima penumpang antarabangsa April ini.