Ternyata Ramadan tahun ini, lebih berbeza berbanding tahun sebelumnya – apabila rakyat Malaysia kini akui akan membelanjakan sebahagian wang mereka untuk membeli-belah sepanjang Ramadan.
Mengikut tinjauan YouGov, sekitar 65% rakyat Malaysia akan menyumbang wang mereka pada jualan ekonomi negara. Sementara 37% pula bertindak untuk menyumbang dengan menderma wang mereka sepanjang tempoh berpuasa ini.
Manakala 27% lain berpendapat akan menempatkan dana mereka di segmen pelaburan. Namun apa yang lebih menarik, 48% responden pula berpendapat meningkatkan dana mereka dengan simpanan.
Apa yang menarik berdasarkan kategori negeri untuk keinginan berbelanja dengan membeli-belah, ternyata pengguna Pantai Timur tampil pengguna tertinggi untuk tindakan pembelian tersebut dengan Pahang-Terengganu-Kelantan (77%), Sabah-Sarawak dan Labuan (67%), KL-Selangor-Negeri Sembilan-Putrajaya (63%), Kedah-Penang-Perak-Perlis (63%) dan Melaka-Johor (62%).
Dan antara barangan yang menjadi pilihan pembelian penggunaan adalah baju perayaan (79%) barangan kediaman (49%), barangan kasut (42%) dan aksesori fesyen (37%) diikuti perabot (30%).