HIJRAH24, atau Pelan Transformasi Strategik 2022-2024 kini telah mula dilancarkan dan dibentuk pada minggu ini (20 April). Pelaksanaan ini secara terus dapat memacu prestasi ekonomi Tabung Haji negara untuk tempoh 3 tahun.
Menerusi pelan ini, TH melihat ia berupaya melebarkan lagi jejak aktiviti perniagaan serta pelaburan organisasi. Di mana terdapat beberapa sasaran utama, merangkumi peningkatan saiz dana berjumlah RM100 bilion menjelang 2024, penambahan jumlah pendeposit, lebih 50% daripada penduduk Islam, pengurusan haji, modal insan dan tadbir urus.
Adanya kerangka ini, ia tidak sekadar seiring dengan matlamat penubuhan TH pada bahagian pengurusan simpan umat Islam bagi ibadah haji sahaja tetapi turut menampil 24 inisiatif startegik -termasuklah menyokong penerapan digitalisasi dan komunikasi pada khidmat operasi.