The Food Purveyor merupakan salah satu pemilik pasaraya runcit yang besar di Malaysia. Dimulakan dengan Pasaraya OTK (Ong Tai Kim), ia seterusnya turut memperluaskan penawaran meliputi pasaraya premium Village Grocer, dan mengambil-alih Ben’s Independent Grocer.
Disamping itu, ia juga mempunyai dua lagi jenama, iaitu BSC Fine Foods dan juga Leisure Grocer. Secara keseluruhan, The Food Purveyor menguruskan 31 kedai sekitar Lembah Klang, Pulang Pinang dan Johor Bahru.
Terkini, ia dilaporkan firma Navis Capital yang mempunyai pegangan majoriti pada syarikat berkenaan sedang mencari pembeli untuk The Food Purveyor. Ia dianggarkan mungkin bernilai lebih RM1 bilion.
Apa pun, ia dikatakan masih pada peringkat perbincangan, dan terdapat kemungkinan tiada sebarang urusan jual-beli berlaku.
Sebelum ini, Grab telah mengambil-alih pegangan majoriti pada salah satu pasaraya runcit di Malaysia, iaitu Jaya Grocer. Mungkinkah kita melihat satu lagi syarikat memfokuskan teknologi mengambil-alih pasaraya runcit Village Grocer dan lain-lain ini?